Skip to main content

DERITA RESDUNG BERAKHIR DENGAN HERBA INI

Sinusitis ataupun resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Sinusitis merupakan keradangan pada selaput sinus. Apabila berlakunya Sinusitis, mukus seperti hingus tidak dapat mengalir keluar dengan baik dari sinus. Oleh yang demikian ia akan dipenuhi oleh rembesan. Tanda-tanda resdung pada peringkat awal kebiasaannya mudah untuk diketahui.



Biasanya, penyapu-penyapu kecil dalam sinus yang dipanggil silia akan menolak mukus keluar dari sinus ke dalam hidung. Apabila kerosakan berlaku pada fungsi silia atau bila bukaan yang terletak di antara sinus dengan laluan hidung tersumbat, anda akan mendapat penyakit sinusitis ataupun resdung. Kebiasaanya sinusitis disebabkan oleh jangkitan bakteria akan berakhir dalam beberapa hari sahaja. Kadang-kadang ia bermula dengan jangkitan virus yang mencetuskan selesema dan menyebabkan berlakunya kesesakan dalam sinus yang akhirnya membawa kepada jangkitan sinus oleh kuman bakteria.

JENIS-JENIS RESDUNG
Untuk mengetahui tanda-tanda resdung, terlebih dahulu anda perlu tahu jenis-jenis resdung yang kerap kali berlaku kepada diri anda. Terdapat dua jenis resdung yang mungkin anda tidak ketahui. Berikut merupakan jenis-jenis resdung yang perlu anda tahu:-

RESDUNG AKUT

Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung anda. Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung. Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan. Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk resdung pada peringkat kronik.
Antara ciri-cirinya ialah :-
  • Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan pipi.
  • Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang.
  • Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.

RESDUNG KRONIK

Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik. Seseorang yang menghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami:-
  • Kegatalan pada bahagian muka yang teruk
  • Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tak berjerawat.
  • Kerap bersin pada waktu pagi
  • Ada kalanya hidung tersumbat
  • Anda tidak demam tetapi hingus bertambah
  • Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit pada bahagian kepala
  • Cecair hingus berwarna hijau dan akan berbau busuk




tanda-tanda resdung

TANDA-TANDA RESDUNG

Banyak faktor yang boleh menyumbang terhadap penyakit ini pada seperti faktor iklim, pemakanan, gaya hidup dan sebagainya. Anda seharusnya peka dengan keadaan kesihatan anda, lebih-lebih lagi tanda-tanda resdung kerana ia dapat mengenal pasti bahawa anda menghidapi penyakit ini. Berikut merupakan tanda-tanda resdung yang mungkin berlaku pada diri anda:-

1. MENGALAMI HIDUNG BERAIR DAN TERSUMBAT

Anda sering mengalami masalah hidung berair dan tersumbat. Tidak kira pagi sehinggalah pada waktu malam hidung anda akan berair dan tersumbat. Ia akan menyebabkan kesukaran untuk anda tidur dengan lena. Ia merupakan tanda-tanda resdung yang kerap berlaku kepada sesiapa sahaja yang kurang prihatin dan peka akan kesihatan dirinya.

2. KERAP KALI BERSIN DIWAKTU PAGI

Tanda-tanda resdung yang seterusnya adalah jika mereka yang mempunyai atau ada masalah resdung akan kerap bersin berkali-kali dalam satu masa terutamanya di waktu pagi ataupun pada waktu yang sejuk. Daripada kerap kalinya anda bersin diwaktu pagi, ia akan menimbulkan warna kemerahan pada hidung anda. Ia merupakan tanda-tanda resdung yang biasa bagi para pesakit resdung.

3. GATAL PADA KELOPAK MATA ANDA

Anda akan merasa kegatalan yang melampau pada kelopak mata anda sehingga sampai satu tahap anda tidak mampu menahannya sehingga anda terpaksa mengosoknya. Ia akan menyebabkan mata anda menjadi kemerahan. Ia merupakan tanda-tanda resdung yang amat sukar untuk dipercayai kerana sering kali untuk anda mudah berasa gatal pada bahagian tersebut.

4. PERNAFASAN DAN MULUT AKAN BERBAU

Tanda-tanda resdung yang membuatkan anda sukar untuk percaya adalah pernafasan dan mulut anda akan berbau. Nafas dan mulut bagi penghidap penyakit resdung ini kebiasaannya sedikit berbau. Walaupun anda sudah memakan atau pun telah menggunakan Listerine, ia tetap juga akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan walaupun peratusannya adalah sedikit.

5. TIDUR BERDENGKUR

Tidur berdengkur biasanya dikaitkan dengan orang yang berbadan besar. Tetapi segelintir penghidap penyakit resdung akan berdengkur apabila mereka tidur kerana saluran pernafasan pada bahagian hidung mereka tersumbat yang disebabkan lendir yang begitu banyak. Anda juga akan berdengkur walaupun anda berbadan kecil kerana resdung. Ia merupakan tanda-tanda resdung yang kurang digemari oleh semua individu.

6. AKAN HILANG DERIA BAU

Tanda-tanda resdung yang seterusnya adalah apabila penyakit resdung berada di tahap yang agak teruk, penghidap akan mengalami masalah dengan deria bau. Anda tidak boleh mengenalpasti sesuatu bau dengan baik. Ia merupakan satu tahap yang sangat merbahaya kerana anda telah kehilangan deria bau anda akibat penyakit resdung ini. Agak sukar untuk mengharungi kehidupan seharian tanpa boleh deria bau. Sebelum ianya berlaku, anda perlu merawat resdung anda secepat mungkin supaya tidak bertambah teruk.




tanda-tanda resdung

7. SELSEMA BERPANJANGAN

Ini salah satu tanda mudah nak kenalpasti anda menghidap resdung atau tidak. Sekiranya anda kerap terkena selsema yang panjang, hinggakan rasa seolah-olah anda tidak mampu untuk menahannya lagi. Selsema ini disebabkan masalah resdung yang anda hidapi. Jadi ia merupakan tanda-tanda resdung yang mudah untuk diketahui. Anda seharusnya berjumpa dengan pakar dalam mengatasi masalah resdung ini.

8. JERAWAT MUDAH UNTUK TUMBUH

Bagi remaja khususnya, tanda-tanda resdung yang mudah untuk diketahui adalah muka anda akan dinaiki jerawat yang agak teruk samada di bahagian muka atau di bahagian badan. Ia akan menyebabkan kesukaran untuk anda berhubung dengan dunia luar terutamanya semasa berkomunikasi dengan orang lain akibat jerawat yang tumbuh pada wajah anda terutamanya.Menghilangkan jerawat juga bukan suatu yang mudah.


9. BERASA SAKIT PADA BAHAGIAN KEPALA

Anda juga akan mengalami sakit kepala yang berpanjangan. Ada kalanya ramai yang ingatkan mereka mengalami migrain. Sebenarnya ia juga merupakan tanda-tanda resdung. Untuk mendapatkan maklumat yang sahih, anda anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor untuk kepastian.

10. GATAL-GATAL APABILA MAKAN MAKANAN YANG TERPERAP ATAU MAKANAN LAUT

Ia merupakan tanda-tanda resdung yang biasa dialami. Rasa gatal-gatal di bahagian muka selepas makan belacan, makanan laut seperti udang dan yang seangkatan dengannya. Hal ini kerana, makanan ini lazimnya memang akan menjadikan anda gatal-gatal, bahkan mungkin juga ia akan berasa gatal pada tubuh badan anda yang lain juga.

11. BATUK YANG TERUK PADA WAKTU MALAM

Ada kalanya ia boleh menyebabkan pesakit rasa seperti sukar bernafas kerana ruang hidung tersumbat disebabkan selsema atau dalam hidung yang membengkak. Ia juga akan memberikan kesan kepada tekak anda akibat resdung yang mengeluarkan lendir yang begitu banyak. Dan akhirnya anda akan menghidapi batuk yang teruk pada waktu malam mungkin akibat daripada cuaca yang sejuk.

12. KESAKITAN ATAU TEKANAN MUKA

Sakit adalah gejala biasa dalam sinusitis. Seseorang mungkin merasakan kesakitan di sekeliling mata mereka, di bawah mata mereka, di dahi mereka, dan di sekeliling hidungnya. Sinus boleh menyebabkan seseorang berasa sakit di gigi mereka.
Tanda-tanda resdung yang lain adalah:
  • Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
  • Rasa sakit di sekitar pipi dan bahagian atas gigi yang biasanya disebabkan jangkitan pada Maxillary sinus.
  • Sakit di bahagian dahi, di atas kening yang berkemungkinan disebabkan jangkitan dan keradangan di bahagian frontal sinus.
  • Sakit di bahagian belakang mata, di atas kepala yang disebabkan jangkitan pada bahagian Sphenoid sinus.
  • Kelesuan

KOMPLIKASI PENYAKIT RESDUNG

Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta.Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk.
Adalah biasa untuk kanak-kanak mempunyai alergi dan terdedah kepada jangkitan pada hidung dan telinga. Selesema berlaku dengan kerap dan dianggarkan sehingga 10 peratus daripada mereka akan mengakibatkan sinusitis akut.
Anak anda mungkin mengalami jangkitan sinus jika mereka mempunyai gejala berikut:-
  • sejuk yang berlangsung selama 7 hari dengan demam
  • bengkak di sekeliling mata
  • saliran tebal, berwarna dari hidung
  • titisan pasang hidung, yang boleh menyebabkan nafas berbau, batuk, loya, atau muntah
  • sakit kepala
  • telinga

ORANG DEWASA

Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna. Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia mudah tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti resdung, tetapi komplikasinya amat jarang berlaku. Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Pastikan anda mengambil tindakan awal bagi mencegah resdung supaya tidak menjadi lebih serius dan menjadi kronik.
Oleh itu, anda perlu peka dengan kesihatan anda terutamanya terhadap penyakit resdung ini. Simptom-simptom awal mungkin dapat memberikan petanda awal yang anda menghidapi penyakit ini. Setidak-tidaknya anda masih mempunyai masa untuk mencegah penyakit resdung.



KOMPLIKASI 

Formula terbaik dan terkini...


98.32% Pesakit kami pulih & mampu tersenyum kerana bebas dari masalah ini.
☞Kandungan Bahan Utama: 
-Terminalia Chebula /Haritaki/Kuddukai>266 mg 
-Athospira Sp / Spirulina (Folium) 14 mg
☞ Mother Of Herbs +King Of Food.. 
- Herba terbaik+Alga @ Makanan Sel terlengkap dunia.

Kajian & analisa bahan dilakukan oleh lebih 116 universiti perubatan dunia.
Diaplikasi dalam berbagai bidang perubatan sejak berabad lama.

Diiktiraf Dunia.. 
Terbukti selamat & Berkesan...
100% Herba, 
Tiada kesan sampingan...

 Kategori Yang DILARANG Mengambil PrimaHerbs
  1. Wanita Hamil
  2. Kanak2 bawah 7 tahun 
  3. Pesakit JANTUNG kronik
  4. Pesakit Kegagalan BuahPinggang (Renal Failure) 
☞ Larangan ini hanya utkpengambilan oral/makan.
☞ Kegunaan luaran / sapuan dibenarkan
Sila Elakkan Makanan Terutama Yg Tinggi Kandungan Asid Urik / Purine.
Bagi mempercepatkan proses pemulihan & penyembuhan

☞Sea Food spt kerang,udang sotong,ketam dan siput☞Organ spt jantung,buah pinggang,otak dan limpa☞Belacan,budu & makanan yg mengandunginya☞Ikan Bilis, Kembung,Sardin dan telur ikan☞Daging Merah seperti daging lembu☞Angsa & Ayam Belanda☞Sayuran seperti cendawan,bayam,kobis & asparagus☞Kuah & ekstrak daging, gravies,consomme,sup dan boullion☞Alkohol : Minuman & makanan yg mengandunginya

☞Tidak merbahaya jika anda makan atau termakan cuma mengelakkannya akan mempercepatkan penyembuhan anda.
 

Comments

Popular posts from this blog

9 CARA ATASI KEGEMUKAN TERMASUK GEMUK AIR

Anda hadapi masalah Berat badan turun-naik seperti yo-yo? Mungkin ia masa untuk lihat aspek gemuk air badan anda.Jangan risau saya akan berikan panduan atasi gemuk air buat anda.Tapi sebelum itu kita kenalpasti dahulu perbezaan gemuk air dan gemuk lemak. Panduan Atasi Gemuk Air Berikut adalah cara untuk mengetahui perbezaannya. Adakah Berat Anda Bertambah Dalam Semalaman? Soalan pertama anda perlu tanya pada diri anda sendiri, adakah berat itu tiba- tiba bertambah dalam hanya semalaman, atau adakah ia sudah mula meningkat sejak sekian lama? Lemak dalam tubuh tidak boleh terkumpul dalam masa yang singkat. Ia mengambil masa untuk muncul pada tubuh anda. Jadi jika anda bangun dari tidur dan berasa lebih gemuk, kemungkinan besar ia bukanlah lemak. Ia adalah air. Air mampu turun naik dengan ketara setiap hari. Maka jika berat berubah dalam semalaman, anda tidak perlu terlalu bimbang. Apakah Yang Anda Telah Lakukan Sehingga Menyebab- kan Ia Berlaku? Seterusnya, fikirkan

RESDUNG BETULKE BOLEH SEMBUH (PUNCA,GEJALA & RAWATAN TERBAIK + BUKTI)

FORMULA 2-41=0  PRIMAHERBS mengandungi BAHAN/ HERBA yang terbukti berkesan memulihkan masalah RESEDUNG / SINUSITIS.Bukan sekadar terbukti di makmal malah diakui pengguna / pesakit dari seluruh DUNIA malah hampir semua bangsa telah menggunakannya. RATIO PEMULIHAN pada perkadaran 8.5 :10 MEMBUKTIKAN keberkesanan formula ini. Istilah Perubatan Tradisional  Primaherbs R&D Department study sangat mementingkan fakta kajian dan bukti klinikal yang jelas.ANDA BOLEH MENERUSKAN PEMBACAAN UNTUK MAKLUMAT DAN FAKTA YANG TELITI atau mendapatkan info ringkas melalui whatsaap dgn KLIK PIC DIBAWAH. Resdung@sinusitis merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan. Istilah Saintifik - Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ

CARA KEMPISKAN PERUT BUNCIT & BOYOT DENGAN PANTAS

Ketahui rahsia cara kempiskan perut. Jangan ingat orang yang badan berisi je ada masalah perut buncit. Yang kurus pun ada yang perutnya buncit atau menggeleber, lebih-lebih lagi wanita yang pernah mengandung dan melahirkan. Perut kempis sememangnya idaman setiap orang. Jom kami kongsikan cara kempiskan perut dalam masa 14 hari. Sumber gambar :  Mohamed Hassan 1. Air jamu periuk homemade. Air detox ini membantu badan kita menyingkirkan toksin & lemak dibadan, termasuk di bahagian perut. Saya sendiri mengamalkan air detox ini. Badan terasa ringan, pembuangan menjadi lawas, berat badan berkurangan, perut pun kempis. Buat sendiri di rumah, tak perlu keluarkan duit beli produk yang mahal harganya. Proses membuat sangat mudah, bahan-bahan juga murah. Semuanya memang dah ada kat dalam dapur. Bahan-bahan: 1 batang serai. 3 keping asam gelugur. 1 biji lemon. 1 inci halia. 2 ketul gula batu atau 2 sudu madu asli. Bersihkan semua bahan. Masukkan bahan-bahan tadi ke