Skip to main content

Buasir selepas bersalin, mengapa ini terjadi?

kita biasa mendengar wanita mengadu mengalami masalah buasir selepas bersalin. Biasanya buasir yang bermula semasa kehamilan akan hilang sendiri selepas ibu melahirkan anak.
Tapi malangnya, hampir 25% wanita akan mengalami masalah buasir walaupun sudah 6 bulan bersalin. Keadaan ini mungkin bertambah baik selepas bersalin, namun ada yang masih akan mengalami tanda-tandanya sekali-sekala.
Buasir selepas bersalin, mengapa ini terjadi?
buasir selepas bersalin, buasir, masalah buasir, buasir terkeluar, buasir luar dubur, merawat buasir, petua kecutkan buasir, ubat buasir, ubat buasir untuk ibu mengandung, ubat buasir di farmasi
Wanita senang buasir (piles) atau urat simpul (vena verikos) selepas bersalin kerana beberapa sebab. Antaranya ialah:
  • Rahim serta bayi yang membesar akan memberi tekanan ke atas urat di punggung dan vena cava inferior. Ini vena utama di sebelah kanan badan yang menyalurkan darah dari bahagian bawah badan. Tekanan ke atas vena ini boleh melambatkan pemulangan darah sehingga menyebabkan urat-urat di bawah rahim semakin besar.
  • Peningkatan hormon progesteron semasa hamil juga akan mengendurkan otot-otot dan dinding urat. Akibatnya ialah urat senang bengkak serta saluran pencernaan yang lebih lambat sehingga ibu sembelit. Sembelit yang tidak ditangani boleh menyebabkan buasir!
  • Ibu juga boleh buasir ketika proses meneran untuk mengeluarkan bayi semasa sakit bersalin.
  • Buasir juga boleh berlaku akibat amalan berpantang seperti kurang minum air dan tidak makan buah atau sayur-sayuran tertentu. 

Buasir selepas bersalin, apakah tanda-tandanya?

buasir selepas bersalin, buasir, masalah buasir, buasir terkeluar, buasir luar dubur, merawat buasir, petua kecutkan buasir, ubat buasir, ubat buasir untuk ibu mengandung, ubat buasir di farmasi
  1. Sering sembelit.
  2. Pendarahan ketika membuang air besar. Darah yang keluar selalunya darah merah. Darah tidak bercampur dengan najis. 
  3. Rasa sakit, pedih, panas dan gatal di kawasan dubur.
  4. Terdapat benjolan-benjolan licin di lubang dubur.
Namun, pendarahan seperti ini juga boleh berlaku atas sebab lain. Oleh itu, ibu dinasihatkan berjumpa doktor untuk memastikan ia bukan penyakit yang lebih serius seperti kanser kolorektal.

7 tips mengatasi buasir selepas bersalin

Jika anda mengalami masalah buasir selepas bersalin, kami mencadangkan anda melakukan 7 tips ini untuk mengatasinya:
  1. Makan makanan berserat tinggi. Tambahkan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin di dalam diet anda.
  2. Minum air yang banyak.
  3. Rujuk doktor untuk makanan tambahan yang boleh melembutkan najis.
  4. Aktifkan diri untuk mengurangkan tekanan pada vena. Selain membantu sembelit, senaman juga boleh mengurangkan berat badan yang berlebihan.
  5. Elakkan berdiri atau duduk terlalu lama kerana ini hanya akan meningkatkan tekanan pada urat di dalam dubur.
  6. Elak dari meneran ketika membuang air besar kerana ini hanya akan menambahkan tekanan kepada urat pada dubur.
  7. Jika terasa ingin buang air besar, jangan tahan, lakukannya dengan segera. Najis yang ditahan akan jadi lebih sukar untuk dibuang.
  8. Amalkan Haritaki Plus (Primaherbs) BUASIR (Click Here)

Tips penjagaan kebersihan diri jika buasir selepas bersalin

buasir selepas bersalin, buasir, masalah buasir, buasir terkeluar, buasir luar dubur, merawat buasir, petua kecutkan buasir, ubat buasir, ubat buasir untuk ibu mengandung, ubat buasir di farmasi
  • Pastikan kawasan dubur bersih. Mandi setiap hari dan bersihkan kawasan sekitar dubur perlahan-lahan dengan air suam. Jangan guna sabun kerana ini boleh memburukkan keadaan. 
  • Berendam dalam air mandian suam beberapa kali sehari.
  • Jika buasir anda terkeluar dari lubang dubur, dengan jari yang bersih, perlahan-lahan tolak buasir masuk semula ke dalam ruang dubur.
  • Mandian sitz dengan air suam. Ini boleh dibeli di farmasi.
  • Elak dari menggunakan tisu tandas yang kering. Gunakan tisu basah atau tisu yang dibasahkan selepas membuang air besar.



Comments

Popular posts from this blog

9 CARA ATASI KEGEMUKAN TERMASUK GEMUK AIR

Anda hadapi masalah Berat badan turun-naik seperti yo-yo? Mungkin ia masa untuk lihat aspek gemuk air badan anda.Jangan risau saya akan berikan panduan atasi gemuk air buat anda.Tapi sebelum itu kita kenalpasti dahulu perbezaan gemuk air dan gemuk lemak. Panduan Atasi Gemuk Air Berikut adalah cara untuk mengetahui perbezaannya. Adakah Berat Anda Bertambah Dalam Semalaman? Soalan pertama anda perlu tanya pada diri anda sendiri, adakah berat itu tiba- tiba bertambah dalam hanya semalaman, atau adakah ia sudah mula meningkat sejak sekian lama? Lemak dalam tubuh tidak boleh terkumpul dalam masa yang singkat. Ia mengambil masa untuk muncul pada tubuh anda. Jadi jika anda bangun dari tidur dan berasa lebih gemuk, kemungkinan besar ia bukanlah lemak. Ia adalah air. Air mampu turun naik dengan ketara setiap hari. Maka jika berat berubah dalam semalaman, anda tidak perlu terlalu bimbang. Apakah Yang Anda Telah Lakukan Sehingga Menyebab- kan Ia Berlaku? Seterusnya, fikirkan

RESDUNG BETULKE BOLEH SEMBUH (PUNCA,GEJALA & RAWATAN TERBAIK + BUKTI)

FORMULA 2-41=0  PRIMAHERBS mengandungi BAHAN/ HERBA yang terbukti berkesan memulihkan masalah RESEDUNG / SINUSITIS.Bukan sekadar terbukti di makmal malah diakui pengguna / pesakit dari seluruh DUNIA malah hampir semua bangsa telah menggunakannya. RATIO PEMULIHAN pada perkadaran 8.5 :10 MEMBUKTIKAN keberkesanan formula ini. Istilah Perubatan Tradisional  Primaherbs R&D Department study sangat mementingkan fakta kajian dan bukti klinikal yang jelas.ANDA BOLEH MENERUSKAN PEMBACAAN UNTUK MAKLUMAT DAN FAKTA YANG TELITI atau mendapatkan info ringkas melalui whatsaap dgn KLIK PIC DIBAWAH. Resdung@sinusitis merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan. Istilah Saintifik - Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ

CARA KEMPISKAN PERUT BUNCIT & BOYOT DENGAN PANTAS

Ketahui rahsia cara kempiskan perut. Jangan ingat orang yang badan berisi je ada masalah perut buncit. Yang kurus pun ada yang perutnya buncit atau menggeleber, lebih-lebih lagi wanita yang pernah mengandung dan melahirkan. Perut kempis sememangnya idaman setiap orang. Jom kami kongsikan cara kempiskan perut dalam masa 14 hari. Sumber gambar :  Mohamed Hassan 1. Air jamu periuk homemade. Air detox ini membantu badan kita menyingkirkan toksin & lemak dibadan, termasuk di bahagian perut. Saya sendiri mengamalkan air detox ini. Badan terasa ringan, pembuangan menjadi lawas, berat badan berkurangan, perut pun kempis. Buat sendiri di rumah, tak perlu keluarkan duit beli produk yang mahal harganya. Proses membuat sangat mudah, bahan-bahan juga murah. Semuanya memang dah ada kat dalam dapur. Bahan-bahan: 1 batang serai. 3 keping asam gelugur. 1 biji lemon. 1 inci halia. 2 ketul gula batu atau 2 sudu madu asli. Bersihkan semua bahan. Masukkan bahan-bahan tadi ke