Skip to main content

9 CARA ATASI KEGEMUKAN TERMASUK GEMUK AIR


Anda hadapi masalah Berat badan turun-naik seperti yo-yo? Mungkin ia masa untuk lihat aspek gemuk air badan anda.Jangan risau saya akan berikan panduan atasi gemuk air buat anda.Tapi sebelum itu kita kenalpasti dahulu perbezaan gemuk air dan gemuk lemak.

Panduan Atasi Gemuk Air

Berikut adalah cara untuk mengetahui perbezaannya.
Adakah Berat Anda Bertambah Dalam Semalaman?
Soalan pertama anda perlu tanya pada diri anda sendiri, adakah berat itu tiba- tiba bertambah dalam hanya semalaman, atau adakah ia sudah mula meningkat sejak sekian lama?
Lemak dalam tubuh tidak boleh terkumpul dalam masa yang singkat. Ia mengambil masa untuk muncul pada tubuh anda. Jadi jika anda bangun dari tidur dan berasa lebih gemuk, kemungkinan besar ia bukanlah lemak. Ia adalah air.
Air mampu turun naik dengan ketara setiap hari. Maka jika berat berubah dalam semalaman, anda tidak perlu terlalu bimbang.
Apakah Yang Anda Telah Lakukan Sehingga Menyebab- kan Ia Berlaku?
Seterusnya, fikirkan apakah yang telah anda lakukan sehingga menyebabkan berat bertambah. Adakah anda telah makan hidangan yang mengandungi garam yang tinggi?
Atau adakah anda telah mengikuti pelan diet rendah karbohidrat tapi tiba-tiba anda mengambil karbohidrat dengan banyak secara ketara?
Kedua-dua perkara di atas boleh menyebabkan pengumpulan cecair berlebihan dalam tisu badan, atau gemuk air. Kesannya, anda kelihatan seperti membeng- kak dan buncit dari biasa.
Di samping itu, tekanan atau stres yang melampau dan terlalu banyak melaku- kan senaman berat juga boleh menyebabkan gemuk air serta keadaan bengkak dalam proses inflamasi juga boleh terjadi.
Adakah Ia Sering Terjadi Di Bahagian Perut?
Perkara yang terakhir untuk anda fikirkan dalam menentukan sama ada pertambahan berat anda itu berpunca dari pertambahan lemak atau berat air/gemuk air, ialah sama ada ia berlaku di bahagian perut.
Jika lemak yang muncul lebih ketara di sekitar perut, ini mungkin hanyalah kandungan air. Gemuk air lebih cenderung pada bahagian perut. Jadi jika hari ini perut anda kempis, dan esok ia kelihatan buncit, ini mungkin hanya disebabkan air.
Jika bahagian tersebut seperti lembek, ia juga adalah petanda kandungan air terdapat di bawah kulit anda, jadi tak perlu terlalu bimbang.
Jangan Bimbang…
Kini anda telah mengetahui perkara-perkara utama untuk menentukan sama ada berat badan anda bertambah adalah benar-benar disebabkan oleh lemak, atau hanya kerana kandungan air berlebihan di dalam tubuh anda.
Fikirkan dengan teliti sebelum anda berasa ke- cewa atau putus asa dengan pelan diet anda.

APAKAH PUNCA MASALAH GEMUK AIR?

Selain masalah lemak berlebihan, ramai (terutamanya wanita) mempunyai masalah gemuk air ingin dikurangkan.
Adakah anda berasa seperti anda membawa kandungan air yang banyak dalam badan anda dari yang sepatutnya? Adakah anda tidak berpuas hati melihat diri anda yang kadang kala kelihatan langsing dan kadang kala pula kelihatan mem- bengkak, buncit, dan seakan-akan lebihan berat badan 5kg dari biasa?
Jika benar, mungkin masalah anda ini disebabkan oleh pengumpulan cecair ber- lebihan dalam tisu badan atau lebih dikenali sebagai gemuk air.
Gemuk air boleh terjadi disebabkan banyak faktor. Oleh itu adalah amat penting untuk anda mengetahui apakah faktor-faktor tersebut, dan apakah langkah- langkah yang boleh anda lakukan untuk mengawalnya agar anda boleh membe- baskan diri dari masalah gemuk air.

Berikut adalah faktor-faktor yang perlu anda ketahui.

1.Makanan Tinggi Garam

Barangkali punca utama yang menyebabkan gemuk air ialah makanan yang mengandungi garam yang tinggi. Jika anda mengamalkan diet yang bergaram tinggi, secara keseluruhannya kadar pengambilan sodium juga meningkat. Ini bermakna tubuh anda akan menyimpan air dalam
kuantiti yang banyak untuk mengimbanginya.
Tubuh kita gemar memelihara keseimbangan so- dium dalam sistem badan, jadi apabila kadar kepe- katan sodium meningkat maka lebih banyak air yang disimpan dalam badan bagi membantu mencapai keseimbangan yang sepatutnya.
Bagi mengelakkan masalah ini berlaku pada diri anda, amalkan diet rendah garam dan tinggi potassi- um (iaitu sejenis elektrolit yang menentang sodium). Fokus pada pengambilan buah-buahan segar dan sayur-sayuran adalah satu langkah yang bijak bagi mengawal masalah ini.

2.Tekanan Kehidupan

Satu lagi punca gemuk air ialah tekanan atau stres yang berlebihan. Jika anda sering tertekan, ini akan mengakibatkan badan anda menyimpan lebih banyak air. Oleh yang demikian teknik yang harus anda lakukan untuk mencegah masalah ini adalah dengan mempraktikkan langkah-langkah pengawalan tekanan yang betul.
Hilangkan tekanan yang mengganggu hidup anda dengan cara menulis jurnal peribadi, berlatih bernafas dengan betul, atau keluar berjalan kaki dengan pantas untuk menenangkan fikiran.

3.Senaman Intensiti Tinggi

Perkara seterusnya yang menggalakkan pembentukkan gemuk air ialah senaman berat yang sangat giat atau berintensiti tinggi. Senaman berintensiti tinggi akan mengakibatkan banyak trauma terhadap tubuh badan, maka ia akan melalui proses penyembuhan. Apabila inflamasi berlaku, air yang banyak akan disimpan dalam badan sehingga proses penyembuhan selesai.
Rehat Penting.
Anda semestinya tidak mahu meninggalkan segala bentuk senaman berintensiti tinggi yang anda amalkan demi menangani masalah ini. Oleh itu adalah mustahak untuk anda menjadualkan beberapa hari rehat dalam seminggu, untuk membolehkan penyembuhan sepenuhnya selesai.
Dengan masa rehat yang mencukupi, anda akan mendapati diri anda kelihatan lebih langsing dan kurang membengkak dari kebiasaannya.

4.Terlalu banyak fiber atau serat.

Akhir sekali, faktor yang perlu anda awasi jika anda mahu mengurangkan gemuk air ialah pengambilan serat atau fiber. Walaupun dengan mengamalkan makanan tinggi serat boleh membantu mengurangkan buncit dan gemuk air dari berlarutan, tapi jika anda keterlaluan dalam pengambilan sayur-sayuran, perkara sebaliknya boleh berlaku.
Sekiranya anda mahu meningkatkan jumlah pengambilan sayur-sayuran, anda patut melakukannya secara beransur-ansur. Buat penambahan sebanyak 5 gram sehari sehingga anda mencapai sasaran yang anda mahukan.
Demikianlah…
Demikianlah isu-isu utama yang boleh mengakibatkan gemuk air dan lang- kah-langkah yang boleh anda lakukan untuk menangani isu-isu tersebut

JADI BAGAIMANA NAK KURANGKAN GEMUK AIR?

Berikut adalah panduan atasi gemuk air yang  boleh  diamalkan.
Kalau anda ingin kurangkan berat badan dan kelihatan langing atau toned, anda harus mahir mengawal pengumpulan cecair berlebihan dalam tisu badan, atau gemuk air.
Pengumpulan cecair berlebihan dalam tisu badan boleh menyebabkan anda kelihatan lebihan berat badan sebanyak 2-3kg dalam masa yang singkat, kecuali dengan mengamalkan diet yang terancang. Jika anda ingin kelihatan langsing dengan cepat untuk menghadiri sesuatu acara, atau majlis istimewa, anda pasti tidak mahu perkara ini berlaku pada anda.
Anda boleh mengatasi masalah gemuk air dengan mempelajari beberapa teknik yang lebih terperinci. Jom lihat apa yang anda perlu ketahui:

8 Panduan Atasi Gemuk Air

1. Kurangkan karbohidrat

Langkah pertama dan yang paling selamat untuk dehidrasi atau mengurangkan air dalam sistem badan anda dan menghadkan jumlah kandungan cecair ialah dengan mengurangkan karbohirat.
Setiap gram karbohidrat yang tersimpan di dalam badan anda turut membawa 2-3 gram air. Jadi jika anda dapat membuang lebihan karbohidrat tersebut ber- makna kandungan air itu juga dapat disingkirkan.
Sebab itulah mereka yang memulakan diet rendah karbohidrat akan melihat berat badan mereka menurun secara mendadak pada permulaan diet tersebut.
Lakukan diet rendah karbohidrat dalam tiga atau empat hari untuk menyingkir kandungan air adalah satu strategi yang bijak dan berkesan.
Tapi ingat: apabila anda tingkatkan semula pengambilan karbohidrat, kandungan air badan akan bertambah semula.
Kurus elak nasi?
Kalau anda elak makan nasi atau sumber karbohidrat ala-ala diet Atkins, penurunan berat badan pada awalnya hasil daripada pembuangan air sebenarnya dan jika anda mengambil karbohidrat selepas itu berat akan naik semula dengan cepat. Hati-hati dalam memilih plan diet anda

2. Tingkatkan Pengambilan Air

Kalau anda tidak cukup pengambilan cecair secara am, badan akan cuba meny- impan sebanyak mungkin untuk keselamatan anda. Jadi untuk membuang air berlebihan tersebut, tingkatkan pengambilan cecair. Banyak mana yang anda perlu minum?
Lihat kepada warna urine anda. Pastikan ia lebih jernih daripada kekuningan.

3.Kurangkan Pengambilan Garam

Sekarang anda sudah pun tahu bahawa garam menjadi penyumbang besar ke- pada masalah gemuk air dan juga hypertension. Maka untuk kurangkan kesan garam terhadap badan anda, kurangkanlah pengambilannya.

4.Hadkan Pengambilan Cecair 1-2 Hari.

Apa, kurangkan air? Bukan tadi baru suruh minum air lebih?
Langkah seterusnya, anda perlu menghadkan pengambilan cecair/air. Langkah ini agak membahayakan dalam misi menyingkirkan air, maka anda mesti berhati-hati.
Anda tidak harus menghadkan pengambilan air dalam jangka panjang. Cukup untuk sehari dua sahaja anda kurangkan pengambilan air, supaya kelihatan lebih langsing.
Tapi hati-hati! Jika anda merancang untuk mengurangkan pengambilan air, pastikan anda kurangkan aktiviti fizikal, kerana risiko anda berasa pening dan pitam adalah tinggi.

5.Produk Diuretik Untuk Tingkatkan Pembuangan Urin

Cara yang terakhir untuk mengawal gemuk air ialah dengan mengambil produk diuretik.Ini akan menyebabkan peningkatan dalam pembuangan air kencing. Cara ini amat berkesan untuk memerah kandungan air dalam badan anda, tetapi ini bukan cara yang selamat untuk dipraktikkan.
Anda hanya boleh mempertimbangkan cara ini jika anda sudah berbincang dengan doktor anda dan akan menggunakannya dalam jangkamasa yang sangat pendek.
Selain itu, ini hanya dilakukan oleh mereka yang perlu benar-benar langsing, contohnya mereka yang bertanding dalam bina badan atau pertandingan-pertandingan sepertinya.
Kini anda sudah mengetahui perkara-perkara utama tentang teknik terperinci untuk mengurangkan gemuk air dan kelihatan selangsing mungkin. Lakukan sedikit demi sedikit dengan berhati-hati supaya keselamatan anda terjamin.

6.Amalkan Makan Pisang

Potassium adalah musuh atau lawan kepada sodium (garam). Potassium penting untuk mengawal keseimbangan bendalir badan. Pisang memang sering menjadi makanan kegemaran atlit-atlit kerana ia kaya dengan potassium untuk stabilkan bendalir badan.


7. Amalkan Bersenam

Cubalah bersenam pada setiap hari. Aktiviti fizikal akan meningkatkan degupan jantung dan membuatkan tubuh berpeluh. Bersenam secara rutin juga membantu keseimbangan air dalam tubuh agar tetap terjaga.Senaman yang disyorkan kepada anda yang mengalami masalah gemuk air ialah senaman jenis fizikal dan senaman kardiovaskular seperti joging dan berenang.

8. Perbanyakkan Pengambilan Sayuran dan Buah-Buahan

Pengambilan sayur-sayuran dan  buah-buahan jelas amat penting kepada piramid makanan manusia. Makanan ini sering diambil oleh ramai wanita yang mahu mendapatkan kulit badan cantik.Sayuran dan buah-buahan bukan sahaja membantu anda mengurangkan berat badan. Malah, kandungan vitamin C juga  penting buat anda yang berdiet. Karbohidrat kompleks dan protein yang terkandung itu juga akan membantu fungsi-fungsi dalam tubuh dan mengawal jumlah garam dalam tubuh.
Hati-hati: Jangan terlalu banyak mengambil serat secara berlebihan yang penting adalah seimbang antara serat protein dan karbohidrat.

9. Untuk penurunan yang pantas ambil spirulina & Haritaki secara konsistent antara 1 ke 4 bulan.

Alga terbaik dunia ini mempunyai kandungan vitamin dan zat makanan terlengkap serta membantu meningkatkan oksigen dalam darah anda manakala haritaki merupakan herba terbaik dunia yang mengandungi kandungan / paras:
Alkali yang tinggi serta mengandungi  vitamin,nutrien,protein,mineral,
fiber dan zat makanan yang lengkap secara semulajadi .Mengandungi juzuk phyto,anti-oxidant, anti-bacterial, anti-fungal, anti-aemobic,anti-protozoal,anti neoplastik, antiviral, antidiabetic, cardioprotective, hepatoprotective,immuno-modulatory activity,anti-arthritic activity,gastro Enteric activity,anti-nociceptive activity,anti anaphylatic activity,wound healing activity,radio protective,chemo modulatory activity,cytoprotective activity,anti-allergic,antiplasmodial activity,anti-helminthic,anticaries,nephroprotective effect,anti spermatogenic activity,anti dot (toxicology & drug interaction),anti-aging dan pelbagai kandungan luar biasa yang amat bermanafaat untuk membakar lemak dan membantu proses pemulihan dan merawat penyakit MANUSIA.

Anda bukan sekadar berupaya menurunkan berat badan dengan pantas malah mampu menghalang atau memulihkan lebih 41 penyakit seperti dibawah:

1) Buasir (Haemorrhoid)/ Sembelit (Constipation)
   Berak Darah + Fistula + Bisul(Fruncle) + Pekung (Carbuncle)
2) Gout (Arthritis)
3) Darah Tinggi (Hipertension)
4) Kencing Manis (Diabetic Mellitus)
5) Lelah (B. Asthma)
6) Pedih ulu hati (Gastritis)
7) Batu Karang (Renal Stone)
8) Kesukaran Tidur (Imsonia)
9) Resedung (Sinusitis)
10)Keputihan (Candidiasis)
11) Sengugut (Dismenorhea)
   +Premenopause + Menopause
12) Memulihkan Salur Peranakan (uterus)
13) Maigrain & Sakit Kepala
14) Membaiki@Memulihkan Sel
15)Meningkatkan antibodi & Daya Fokus
16) Mencuci Usus @ Salur Pencernaan
17) Membuang & Menghapuskan Kolesterol
18) Membuang Toxin
19) Menormalkan Rembesan Hormon
20) Penawar Bisa Serangga
21) Meneutralkan Badan
22) Memulihkan Luka Dalaman & Luaran
23) Meningkatkan Sel Darah & mengatasi Anemia
24) Membaiki Sel Kulit
25) Membekalkan Tenaga & hilangkan kelesuan.
26) Mencegah Kanser & Radang
27) Anti Allergic / Alahan
28) Memulihkan Masalah Prostate (Benign Prostate Hyperthropy)
29) Mengatur Kitaran Haid kpd normal
30) Membuang Angin Dalam Badan
31) Meningkatkan Metabolisme
32)Mencegah & Memusnahkan sel kanser & anti penuaan (anti aging)
33) Memulihkan cirit birit /
Keracunan makanan
34) Memulihkan Peptic Ulcer
35) Antibacterial & Antifungal terbaik memulihkan jangkitan kuman dan fungal.
36) Membunuh cacing dlm perut & usus
37) Memulihkan sistem badan & masalah disfungsi organ
38) Mencairkan darah & membantu penyembuhan penyakit jantung & paru2
39)Anti Allergic / Memulihkan masalah gatal akibat alahan.
40)Membaiki dan membina sel serta membantu memulihkan masalah Stroke / Angin Ahmar peringkat awal.
41)Memulihkan masalah saraf & kekejangan Otot

 

-Diiktiraf Dunia & Terbukti Berkesan.

-Menjalani R&D selama 15 tahun.

-Formula Asas Yang Wujud JUTAAN Tahun.

-Diuji Berkali-kali di Makmal & Terhadap Manusia.

-Hasil  & Keberkesanan Yang Sangat luar biasa,

-Kini Sedia Digunakan Untuk Kesihatan  Manusia .


Ubah persepsi orang hari ini terhadap anda.Amalkan 9 langkah diatas.Jika anda kekurangan masa dan agak sukar untuk berdisiplin dalam menjaga pemakanan eloklah anda bermula dengan pengambilan Primaherbs Haritaki Plus Formula yang mengandungi spirulina dan haritaki (terminilia chibula) yang telah terbukti keberkesanannya.
Info penuh di web rasmi primaherbs biotech : http://www.primaherbs.net


Dapatkan tawaran terhad hari ini.



Comments

Popular posts from this blog

RESDUNG BETULKE BOLEH SEMBUH (PUNCA,GEJALA & RAWATAN TERBAIK + BUKTI)

FORMULA 2-41=0  PRIMAHERBS mengandungi BAHAN/ HERBA yang terbukti berkesan memulihkan masalah RESEDUNG / SINUSITIS.Bukan sekadar terbukti di makmal malah diakui pengguna / pesakit dari seluruh DUNIA malah hampir semua bangsa telah menggunakannya. RATIO PEMULIHAN pada perkadaran 8.5 :10 MEMBUKTIKAN keberkesanan formula ini. Istilah Perubatan Tradisional  Primaherbs R&D Department study sangat mementingkan fakta kajian dan bukti klinikal yang jelas.ANDA BOLEH MENERUSKAN PEMBACAAN UNTUK MAKLUMAT DAN FAKTA YANG TELITI atau mendapatkan info ringkas melalui whatsaap dgn KLIK PIC DIBAWAH. Resdung@sinusitis merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan. Istilah Saintifik - Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ

CARA KEMPISKAN PERUT BUNCIT & BOYOT DENGAN PANTAS

Ketahui rahsia cara kempiskan perut. Jangan ingat orang yang badan berisi je ada masalah perut buncit. Yang kurus pun ada yang perutnya buncit atau menggeleber, lebih-lebih lagi wanita yang pernah mengandung dan melahirkan. Perut kempis sememangnya idaman setiap orang. Jom kami kongsikan cara kempiskan perut dalam masa 14 hari. Sumber gambar :  Mohamed Hassan 1. Air jamu periuk homemade. Air detox ini membantu badan kita menyingkirkan toksin & lemak dibadan, termasuk di bahagian perut. Saya sendiri mengamalkan air detox ini. Badan terasa ringan, pembuangan menjadi lawas, berat badan berkurangan, perut pun kempis. Buat sendiri di rumah, tak perlu keluarkan duit beli produk yang mahal harganya. Proses membuat sangat mudah, bahan-bahan juga murah. Semuanya memang dah ada kat dalam dapur. Bahan-bahan: 1 batang serai. 3 keping asam gelugur. 1 biji lemon. 1 inci halia. 2 ketul gula batu atau 2 sudu madu asli. Bersihkan semua bahan. Masukkan bahan-bahan tadi ke