Sinusitis ataupun resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Sinusitis merupakan keradangan pada selaput sinus. Apabila berlakunya Sinusitis, mukus seperti hingus tidak dapat mengalir keluar dengan baik dari sinus. Oleh yang demikian ia akan dipenuhi oleh rembesan. Tanda-tanda resdung pada peringkat awal kebiasaannya mudah untuk diketahui. Biasanya, penyapu-penyapu kecil dalam sinus yang dipanggil silia akan menolak mukus keluar dari sinus ke dalam hidung. Apabila kerosakan berlaku pada fungsi silia atau bila bukaan yang terletak di antara sinus dengan laluan hidung tersumbat, anda akan mendapat penyakit sinusitis ataupun resdung . Kebiasaanya sinusitis disebabkan oleh jangkitan bakteria akan berakhir dalam beberapa hari sahaja. Kadang-kadang ia bermula dengan jangkitan virus yang mencetuskan selesema dan menyebabkan berlakunya kesesakan dalam sinus yang akhirnya membawa kepada jangkitan sin...
Comments
Post a Comment