kita biasa mendengar wanita mengadu mengalami masalah buasir selepas bersalin. Biasanya buasir yang bermula semasa kehamilan akan hilang sendiri selepas ibu melahirkan anak. Tapi malangnya, hampir 25% wanita akan mengalami masalah buasir walaupun sudah 6 bulan bersalin. Keadaan ini mungkin bertambah baik selepas bersalin, namun ada yang masih akan mengalami tanda-tandanya sekali-sekala. Buasir selepas bersalin, mengapa ini terjadi? Wanita senang buasir ( piles ) atau urat simpul ( vena verikos ) selepas bersalin kerana beberapa sebab. Antaranya ialah: Rahim serta bayi yang membesar akan memberi tekanan ke atas urat di punggung dan vena cava inferior . Ini vena utama di sebelah kanan badan yang menyalurkan darah dari bahagian bawah badan. Tekanan ke atas vena ini boleh melambatkan pemulangan darah sehingga menyebabkan urat-urat di bawah rahim semakin besar. Peningkatan hormon progesteron semasa hamil juga akan mengendurkan otot-otot ...