Fakta Sengugut Ramai wanita yang mengalami sakit semasa haid dari masa kesemasa. Sakit semasa haid adalah salah satu sebab wanita berjumpa dengan doktor dan mendapat cuti sakit. Kebanyakannya, sakit tidaklah begitulah teruk dan terjadi sekali sekala sahaja. Walaubagaimanapun, bagi segelintir wanita kedatangan haid begitu memberikan kesakitan amat ketara sehingga memberikan gangguan terhadap kehidupan harian mereka. Secara fisiologinya, semasa terjadinya haid, dinding rahim akan mengeluarkan hormon yang dipanggil prostglandin yang menyebabkan otot rahim menjadi kejang.Ramai mereka yang mengalami senggugut yang keterlaluan didapati merembeskan hormon prostagladin secara berlebihan. Sengugut sangat kerap terjadi semasa usia remaja dan awal 20’an. Ia juga kerap berlaku pada mereka yang baru mengalami haid pertama. Primary dysmenorrhoea ialah sengugut yang sering berlaku pada wanita berusia diantara 20-24 tahun. Ia selalunya hilang 1-2 tahun kemudian selepas imbangan hormon m...